Menteri Alam Sekitar Republik Dominika maut ditembak rakan sendiri

Menteri Alam Sekitar Republik Dominika maut ditembak rakan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANTO DOMINGO: Menteri Alam Sekitar Republik Dominika, Orlando Jorge Mera, maut akibat ditembak oleh ‘rakan baiknya’ sendiri di pejabatnya.

Sumber Kementerian Alam Sekitar dipetik akhbar tempatan Acento memberitahu, penyerang bertindak memasuki pejabat Mera seorang diri, lalu kedengaran enam hingga tujuh das tembakan dilepaskan.

Bangunan kementerian dikosongkan susulan insiden itu.

Menurut pejabat Presiden, Miguel Cruz, yang merupakan rakan baik Mera berjaya ditahan oleh anggota polis.

Kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa susulan insiden menyayat hati itu.

Insiden tersebut sudah disiasat dan hasil siasatan akan didedahkan kepada umum pada masa yang sesuai.

Mera, 55, merupakan anak kepada bekas Presiden Dominika, Salvador Jorge Blanco, yang memerintah negara Caribbean itu pada 1982 hingga 1986.

Beliau dilantik menjadi menteri di bawah pemerintahan Presiden Luis Abinader, Ogos 2020.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya