Media China dilarang guna istilah 'perintah berkurung' dalam laporan

Media China dilarang guna istilah ‘perintah berkurung’ dalam laporan

PELANGGAN menunggu di luar pasar raya di daerah Jing An, Shanghai selepas dua bulan diarahkan menjalani perintah berkurung di rumah.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Rangkaian media China dilarang menggunakan istilah lockdown (perintah berkurung) bagi merujuk kepada sekatan pergerakan penduduk di Shanghai akibat penularan Covid-19.

Arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan itu menjadi kecoh selepas memo berkenaan didedahkan kepada khalayak.

Golongan wartawan di negara ini merujuk arahan itu sebagai satu bentuk ‘penindasan dan penggantungan gaya pengurusan statik’. 

“Jangan gunakan frasa ‘menamatkan perintah berkurung’. Shanghai tidak seperti Wuhan kerana tidak pernah diisytiharkan pelaksanaan perintah berkurung,” tulis tulis memo tersebut. 

Arahan tersebut yang didedahkan oleh blog China, Digital Times yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS)  juga dikatakan bersifat sementara, bersyarat dan terhad.  

Selepas dua bulan menyekat pergerakan penduduk, pihak berkuasa China akhirnya menarik balik arahan sekatan di Shanghai pada Isnin lalu, biarpun fungsi utama bandar itu tetap beroperasi seperti biasa.

Ketua Parti Komunis Shanghai dan sekutu Xi Jinping, Li Qiang berkata, bandar itu sudah ‘lulus ujian dalam keadaan yang melampau dan menyelesaikan tugas yang sukar’. 

Perpustakaan, muzium, teater dan gimnasium juga sudah dibuka semula, walaupun dengan kapasiti pengunjung dihadkan, termasuk di daerah yang tidak merekodkan kes Covid-19 selama tujuh hari berturut-turut. 

Premis kedai juga boleh dibuka semula dengan kapasiti tiga perempat serta makan di restoran turut dibenarkan

Kelonggaran itu terpakai di kawasan berisiko rendah melibatkan 22.5 juta daripada 25 juta penduduk yang tinggal di Shanghai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN