Lima pelajar sekolah menengah maut ditembak kartel dadah

Lima pelajar sekolah menengah maut ditembak kartel dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SALAMANCA: Seramai lima pelajar sekolah menengah dan seorang dewasa terbunuh dalam insiden tembakan di Guanajuato, Mexico.

Menurut polis, penembak melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pelajar sehingga menyebabkan tiga lelaki dan dua perempuan berusia antara 16 dan 18 tahun, serta seorang wanita berusia 65 tahun yang berada di kawasan sama.

Tembakan beramai-ramai itu berlaku selang dua minggu selepas lapan wanita dan tiga lelaki terbunuh dalam serangan balas dendam membabitkan dua geng di bar dan hotel di Celaya.

Guanajuato terletak di pusat perindustrian Mexico serta menjadi kilang penapisan dan saluran paip utama.

Negeri itu merupakan antara lokasi paling ganas di Mexico akibat pertikaian antara kartel dadah dan senjata api Santa Rosa de Lima dan Generasi Baru Jalisco.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN