Lapan maut, restoran terbakar di Iran - Utusan Malaysia

Lapan maut, restoran terbakar di Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Empat kanak-kanak antara lapan orang yang maut akibat terhidu asap selepas sebuah restoran di Tehran, terbakar.

Memetik laporan agensi berita IRNA, kebakaran berlaku pada petang semalam di restoran yang terletak di bandar Andisheh di barat ibu negara Iran.

Berdasarkan laporan agensi berita Tesnim, satu letupan kuat berlaku diikuti dengan kebakaran semasa parti hari jadi disambut di restoran itu.

Menurut Pegawai Bulan Sabit Merah wilayah Tehran, Shahin Fathi, tujuh mangsa maut di lokasi kejadian manakala seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia di hospital.

Katanya, insiden itu mungkin berpunca daripada belon helium yang meletup lalu terbakar sehingga mencetuskan kebakaran.

Bagaimanapun, katanya, kejadian itu masih sedang disiasat.

Sementara itu, pendakwa raya daerah, Hamid Asgari berkata, api merebak dengan cepat ke seluruh restoran memandangkan kebanyakan hiasan di premis itu diperbuat daripada bahan mudah terbakar. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya