Keluarga 52 banduan maut kebakaran di penjara bertempur dengan polis

Keluarga 52 banduan maut kebakaran di penjara bertempur dengan polis

KELUARGA banduan bertempur dengan polis di luar kompleks penjara di Tulua ketika menunggu maklumat mengenai keadaan mangsa yang terlibat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TULUA: Rusuhan yang mencetuskan kebakaran di sebuah penjara dekat barat daya Columbia kelmarin meragut sekurang-kurangnya 52 nyawa dan 26 lagi cedera.

Pengarah Institut Penjara Kebangsaan (INPEC), Tito Castellanos berkata, insiden itu berpunca daripada banduan yang memulakan kebakaran sekitar pukul 2 pagi sebagai cubaan menghalang polis memasuki kawasan kurungan di penjara itu.

Beliau pada awalnya memaklumkan, angka kematian akibat rusuhan tersebut berjumlah 49 orang dengan enam pengawal penjara cedera akibat melecur.

Namun, Ketua Jabatan Kesihatan Valle del Cauca, Christina Lesmes menerusi Twitter mengesahkan jumlah korban setakat ini seramai 52 orang dan 26 lagi cedera.

“Sejumlah daripada mangsa mengalami kecederaan parah dengan luka melecur yang kritikal,” katanya.

Insiden berkenaan menyebabkan penjara berkapasiti 1,200 banduan itu dikepung anggota polis dan tentera.

Dalam pada itu, pasukan bomba berjaya memadam kebakaran yang berlaku sebelum pasukan forensik memasuki penjara tersebut untuk mengenal pasti mayat.

Keadaan di luar penjara pula menyaksikan puluhan ahli keluarga berkumpul bagi mendapatkan maklumat mengenai insan tersayang.

Bagi melancarkan proses mengenal pasti mayat, pegawai penjara turut menyerahkan senarai awal mangsa yang terselamat kepada keluarga masing-masing. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya