Jurutera dakwa LaMDA boleh luahkan perasaan - Utusan Malaysia

Jurutera dakwa LaMDA boleh luahkan perasaan

BLAKE Lemoine  - INSTAGRAM  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang jurutera di Google diarahkan bercuti selepas mendakwa aplikasi sembang interaktif chatbot yang sedang dibangunkan berupaya meluahkan fikiran dan perasaan.

Memetik laporan Metro, Blake Lemoine yang bekerja dengan pasukan kecerdasan buatan (AI) di Google, terlibat dalam aplikasi dikenali sebagai Language Model for Dialogue Application (LaMDA).   

Lemoine menegaskan LaMDA harus diiktiraf sebagai AI yang sudah mencapai tahap kesedaran akal (sentient). 

Lemoine yang juga merupakan paderi mendakwa pernah berkomunikasi dengan LaMDA mengenai pelbagai isu termasuk agama, kesedaran dan undang-undang robotik.

Dia mendakwa LaMDA menunjukkan perasaan belas kasihan dan sifat penyayang serta kasih sayang yang tinggi terhadap manusia.

Malah, dakwa Lemoine, LaMDA juga menyatakan mahu diiktiraf sebagai pekerja di Google dan bukannya dilayan seperti barangan lain.  

Tambah Lemoine, kemampuan ditunjukkan oleh LaMDA tidak pernah dilihat pada perisian chatbot lain yang dibangunkan sebelum ini.

Sementara itu, Google menyangkal dakwaan Lemoine kerana pakar teknologi dan etika syarikat itu tidak menemukan sebarang bukti kononnya LaMDA sudah mencapai tahap kesedaran akal seperti didakwanya.

LaMDA merupakan rangkaian neural terkini dari Google yang membolehkan pembantu maya di masa hadapan memulakan dan meneruskan perbualan seperti manusia sebenar.

Ia dilatih untuk memahami dengan lebih baik perbualannya dengan manusia yang kemudiannya digunakan pada teknologi suara, Google Assistant untuk beroperasi lebih lancar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN