Johnny Depp menang saman fitnah terhadap Amber Heard - Utusan Malaysia

Johnny Depp menang saman fitnah terhadap Amber Heard

JOHNNY Depp dan bekas isterinya, Amber Heard. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RICHMOND: Pelakon popular Hollywood, Johnny Depp menang dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap bekas isterinya, Amber Heard.

Memetik laporan Vulture, tujuh juri sebulat suara memutuskan pelakon filem Pirates of the Caribbean itu berjaya dalam kes samannya dan menganugerahkan ganti rugi sebanyak AS$15 juta (RM65.8 juta).

Heard diperintahkan membayar ganti rugi pampasan sebanyak AS$10 juta (RM43.9 juta) berserta ganti rugi punitif AS$5 juta (RM21.9 juta) kepada bekas suaminya.

Selain itu, barisan juri turut menganugerahkan Heard ganti rugi sebanyak AS$2 juta (RM8.78 juta) bagi satu daripada tiga tuntutan saman balas terhadap Depp.

Barisan juri mencapai keputusan itu selepas perbincangan selama 12 jam, dalam perbicaraan selama enam minggu.

Depp memfailkan saman fitnah terhadap Heard atas penulisannya untuk kolum Washington Post, dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta (RM219 juta).

Heard membalas dengan memfailkan saman menuntut AS$100 juta (RM439 juta) dan mendakwa dirinya mengalami ‘penderaan serta keganasan fizikal’ daripada Depp.

Depp menafikan pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard sebaliknya mendakwa bekas isterinya sering bertindak ganas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN