Israel lancar serangan udara ke Semenanjung Gaza - Utusan Malaysia

Israel lancar serangan udara ke Semenanjung Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel melancarkan serangan udara ke arah Semenanjung Gaza sebagai tindak balas terhadap serangan roket dari kawasan Palestin yang menyasarkan bandar Ashkelon.

Lapor Al Jazeera, media Palestin melaporkan serangan roket Israel jatuh di tanah pertanian di Gaza pada pagi tadi.

Namun, tentera Israel berkata, pasukannya melancarkan serangan menyasarkan tapak tentera milik Hamas.

“Sebagai tindak balas terhadap serangan itu, pesawat Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melancarkan beberapa serangan ke atas Semenanjung Gaza,” jelas tentera Israel dalam satu kenyataan.

Setakat ini, tiada laporan berlaku kemalangan jiwa sama ada di Gaza atau Israel.

Israel mendakwa serangan itu dilakukan oleh Hamas namun setakat ini tiada maklum balas daripada Hamas atau mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Serangan udara itu berlaku sehari selepas tentera Israel melakukan serbuan di Jenin di Tebing Barat sehingga tiga penduduk Palestin terbunuh dan 10 lagi cedera.

Agensi berita Wafa melaporkan, tiga lelaki terbunuh merupakan Baraa Lahlouh, 24, Yusuf Salah, 23, dan Laith Abu Suroor, 24.

Hamas memaklumkan seorang daripada yang terbunuh merupakan anggotanya manakala bakinya adalah ahli kepada beberapa kumpulan pejuang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya