Imam 'disembelih' pelampau Hindu dalam masjid

Imam ‘disembelih’ pelampau Hindu dalam masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIWAN: Seorang imam masjid di bandar ini maut dikelar ketika tidur oleh pelampau Hindu yang dikenali sebagai Hindutva di India yang terus mencetuskan jenayah perkauman.

Mangsa, Muhammad Safi maut dibunuh pada waktu Subuh, 10 Jun lalu, selepas beberapa pelampau Hindu menyerang dan menyembelihnya dengan pisau.

Imam tersebut ditemukan maut dengan berlumuran darah ketika orang ramai datang ke Masjid Khalispur bagi melakukan kerja pembersihan.

Susulan kejadian itu, media sosial Twitter dibanjiri tanda pagar #JusticeForSiwanMaulvi, #HindusTerrorism dan #India yang menuntut satu penyiasatan adil terhadap pembunuhan imam tersebut.

Sehingga kini, suspek belum ditangkap oleh pihak polis.

Gambar imam tersebut turut tersebar dan memenuhi ruangan media sosial di India serta negara Islam lain kerana mencetuskan kemarahan ramai.

“Sampai bila umat Islam perlu berdiam diri semasa dibunuh? Umat islam perlu mempertahankan diri mereka di India.

“Mereka perlu menubuhkan pasukan polis dan tentera sendiri kerana polis di India gagal melindungi mereka,” tulis seorang pempengaruh media sosial.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya