Gelombang haba landa Arab Saudi, suhu cecah 50 Celsius

Gelombang haba landa Arab Saudi, suhu cecah 50 Celsius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi (NCM) memberi amaran negara ini bakal dilanda gelombang haba bermula semalam sehingga Rabu ini.

Lapor Saudi Gazette, NCM menjangkakan gelombang haba itu boleh mencecah sehingga 50 darjah Celsius di beberapa bahagian di negara ini.

Agensi itu juga meramalkan suhu maksimum akan direkodkan di kebanyakan wilayah timur di negara ini dan beberapa bahagian antara Madinah dan Yanbu yang akan mencatatkan suhu 47 hingga 50 Celsius.

Bagi kawasan timur di Riyadh, al-Qassim dan sempadan utara, suhu panas boleh mencecah antara 45 dan 47 Celsius.

Sehubungan itu, NCM menasihatkan masyarakat supaya mengurangkan aktiviti di luar bagi mengelakkan terdedah dengan suhu tinggi yang menyebabkan masalah kesihatan.

NCM juga meminta masyarakat supaya mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi tujuan keselamatan.

Antara langkah yang diambil termasuk larangan bekerja dari pukul 12 tengah hari hingga 3 petang selama tiga bulan bagi mengelakkan terdedah suhu panas melampau.

Jurucakap Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial, Saad al-Hammad berkata, denda sebanyak SR3,000 (RM3,522) akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar ketetapan tersebut.

Larangan itu melibatkan semua sektor pekerjaan yang berkuat kuasa 15 Jun ini sehingga 15 September depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.