Filem animasi Lightyear tidak laku akibat babak lesbian

Filem animasi Lightyear tidak laku akibat babak lesbian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Filem animasi terbaharu keluaran Disney, ‘Lightyear’ gagal menyerlah sepanjang minggu pertama tayangan di semua panggung wayang di Amerika Utara.

Jumlah kutipan tiket tayangan filem tersebut hanya sebanyak AS$51.7 juta (RM227.5 juta), selain tidak mampu menandingi filem ‘Jurassic World: Dominion’ yang ketika ini sudah pun meraih jualan AS$58.7 juta (RM258 juta) ketika memasuki minggu kedua tayangan.

Penganalisis filem sebelum ini berpandangan filem tersebut bakal meraih keuntungan besar, sekurang-kurangnya AS$70 juta (RM308 juta) semasa tayangan pertama, namun jangkaan mereka jauh meleset.

Lapor Daily Mail, perkara itu dikaitkan dengan kontroversi mengenai keputusan Disney untuk menyelitkan babak pasangan lesbian bercium dan rancangan menggantikan aktor Tim Allen dengan Chris Evans untuk menjadi suara kepada watak Buzz Lightyear.

Lightyear turut ditayangkan di 43 negara lain di seluruh dunia, namun 14 negara Islam sebulat suara menolak tayangannya berikutan babak songsang berkenaan yang disifatkan tersasar dari nilai budaya serta agama.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi negara Islam pertama yang melarang tayangan filem tersebut sebelum diikuti negara Islam lain.

Antara negara yang menyekat tayangan filem tersebut termasuk Malaysia, Indonesia, Lebanon, Jordan, Bahrain, Mesir, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, Palestine, Syria dan Iraq.

Sementara itu, Disney tidak bersetuju dengan cadangan beberapa negara untuk memotong babak lesbian tersebut dan menegaskannya tidak melanggar mana-mana norma.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN