Empat maut bas mini meletup di Afghanistan - Utusan Malaysia

Empat maut bas mini meletup di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Sekurang-kurangnya empat maut dan beberapa yang lain cedera akibat letupan bom melibatkan sebuah bas mini di Afghanistan.

Letupan di daerah timur Kabul itu merupakan insiden baharu dalam siri serangan maut yang menggegarkan Afghanistan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Jurucakap polis, Khalid Zadran berkata, sepasukan anggota keselamatan Taliban dikerahkan menjalankan siasatan.

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas pengeboman yang berlaku di daerah yang didiami terutamanya oleh ahli masyarakat Sunni Pashtun.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya