Empat cedera dalam insiden tikaman di New Zealand - Utusan Malaysia

Empat cedera dalam insiden tikaman di New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Empat orang cedera hari ini apabila seorang lelaki menikam mereka dalam satu serangan di Auckland.

Media tempatan melaporkan, insiden itu berlaku di Murrays Bay dan Mairangi Bay di Auckland.

Jurucakap polis, Naila Hassan berkata, suspek yang menggunakan ‘pisau besar’ untuk menikam mangsa dalam kejadian sudah pun ditahan polis.

“Insiden itu berlaku amat pantas, namun polis juga dapat bertindak segera bagi memastikan tiada lebih banyak penduduk cedera.

“Polis juga berbangga dengan tindakan pantas masyarakat setempat yang segera melaporkan kepada kami berhubung insiden yang berlaku,” katanya seperti yang dilaporkan agensi berita 1News.

Orang ramai dilaporkan mengikuti suspek selepas dia menikam mangsa di Murrays Bay sehingga tiba di Mairangi.

“Ada penduduk yang berdepan dengan suspek untuk menghalangnya menikam lebih ramai orang dan mujur polis tiba di lokasi kejadian segera.

“Kami dimaklumkan, ada penduduk menggunakan tongkat untuk menghalang suspek daripada bertindak luar kawal,” ujar Naila.

Motif serangan masih belum dikenal pasti. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya