Empat aktivis demokrasi Myanmar dihukum gantung

Empat aktivis demokrasi Myanmar dihukum gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Junta Myanmar akan melaksanakan hukuman mati terhadap bekas anggota parti yang didukung oleh Aung San Suu Kyi termasuk aktivis demokrasi.

Lapor AFP, kedua-dua individu tersebut disabitkan kesalahan kerana terlibat dengan aktiviti pengganas sekali gus menyaksikan pelaksanaan kehakiman pertama sejak 1990.

Seramai empat orang akan digantung termasuk bekas ahli Parlimen dan anggota Liga Demokrasi Kebangsaan, Phyo Zeya Thaw serta aktivis demokrasi, Ko Jimmy.

Kesemua mereka akan menjalani hukuman gantung sampai mati mengikut prosedur penjara.

April lalu, mahkamah junta Myanmar menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke atas Aung San Suu Kyi selepas mendapati pemimpin awam itu bersalah atas satu daripada 11 pertuduhan rasuah yang dihadapinya.

Keputusan itu membabitkan pertuduhan Suu Kyi menerima 11.4 kilogram (kg) emas dan rasuah wang tunai sebanyak AS$600,000 (RM2.6 juta) daripada bekas Ketua Menteri Yangon, Phyo Min Thein.

Beliau bagaimanapun menafikan pertuduhan itu dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai `tidak masuk akal’.

Suu Kyi, 76, ditahan sejak tentera Myanmar menggulingkan kerajaannya dan melakukan rampasan kuasa pada Februari tahun lalu.

Beliau didakwa atas 18 pertuduhan yang memperuntukan gabungan hukuman penjara hampir 190 tahun sekiranya didapati bersalah.

Sebelum ini, Suu Kyi dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dalam kes lain.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN