Dua maut, empat cedera bangunan runtuh di Iran - Utusan Malaysia

Dua maut, empat cedera bangunan runtuh di Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Dua orang maut dan empat lagi cedera apabila sebuah bangunan kediaman tiga tingkat runtuh di Iran.

Kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu selepas sebuah blok menara runtuh sehingga meragut 43 nyawa dan mencetuskan protes dalam kalangan penduduk.

Lapor agensi berita IRNA, Gabenor Paveh, Ardeshir Rostami berkata, kejadian itu berlaku di bandar Nowsud, daerah Paveh di wilayah barat Kermanshah.

Katanya, runtuhan bangunan kediaman itu berpunca daripada letupan gas.

“Setakat ini, dua orang meninggal dunia, empat cedera dan sekurang-kurangnya seorang mangsa hilang,” kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Mojtaba Khaledi.

Pada 23 Mei lalu, sebuah bangunan komersial 10 tingkat yang masih dalam pembinaan runtuh di bandar Abadan, wilayah barat daya Khuzestan sehingga mengorbankan 43 orang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya