Cubaan merompak bank, dua lelaki bersenjata ditembak mati polis Kanada - Utusan Malaysia

Cubaan merompak bank, dua lelaki bersenjata ditembak mati polis Kanada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAANICH, British Columbia: Polis Kanada menembak mati dua lelaki bersenjata dalam satu kejadian berbalas tembakan di sebuah bank di sini semalam.

Insiden itu menyaksikan enam pegawai polis cedera dan beberapa buah kediaman berhampiran lokasi kejadian dikosongkan selepas pihak berkuasa menemukan objek berupa bahan letupan.

Pasukan keselamatan tiba di lokasi kejadian di Bank of Montreal di Saanich di Pulau Vancouver yang berhampiran sempadan Washington, kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan.

“Kehadiran polis di lokasi kejadian akan diteruskan sehingga keadaan reda.

“Sejumlah kediaman dan premis perniagaan yang terletak berhampiran lokasi kejadian sudah dikosongkan susulan penemuan objek berupa bahan letupan di dalam sebuah kenderaan yang dikaitkan dengan suspek,” menurut polis Saanich dalam laman sesawangnya.

Ketua Polis Saanich, Dean Duthie berkata, kedua-dua suspek dilengkapi dengan senjata api dan laporan awal memaklumkan mereka memakai sut perlindungan diri.

Enam anggota polis yang cedera ketika insiden berbalas tembakan berlaku dikejarkan ke hospital dengan ada di antara mereka mengalami cedera parah.

Video yang disiarkan dalam media sosial menunjukkan pasukan polis dan anjing pengesan berada di lokasi kejadian, selain kedengaran bunyi tembakan di kawasan sekitar.

Sementara itu, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menerusi Twitter menzahirkan rasa sedih dan terkejut dengan insiden yang berlaku. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.