Cerai kerana mi segera - Utusan Malaysia

Cerai kerana mi segera

GAMBAR hiasan mi segera. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki di India memfailkan penceraian terhadap isterinya kerana wanita itu hanya tahu memasak mi segera untuk dimakan ketika sarapan, tengah hari dan makan malam.

Lapor The New Indian Express, hakim mahkamah daerah, ML Raghunath mengesahkan kes penceraian membabitkan pasangan suami isteri itu muncul ketika dia bertugas di Ballari, Karnataka.

“Si suami mengadu isterinya tidak pandai memasak makanan selain mi Maggi (jenama mi segera).

“Wanita itu menyediakan mi segera untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

“Suaminya juga mengeluh isterinya pergi ke kedai hanya untuk membeli mi segera,” katanya.

Raghunath menggelar kes berkenaan sebagai `kes Maggi’.

Katanya, pasangan suami isteri itu akhirnya bercerai atas persetujuan bersama.

Sementara itu, Raghunath turut mendedahkan kes pasangan suami isteri lain yang memfailkan penceraian disebabkan isu yang kecil.

Antaranya adalah tidak bercakap antara satu sama lain, meletakkan garam pada bahagian salah di atas pinggan, warna sut perkahwinan yang salah dan tidak membawa isteri keluar.

Pasangan suami isteri demikian biasanya memfailkan penceraian sehari selepas perkahwinan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN