Bekas isteri ketiga kerabat diraja Qatar maut - Utusan Malaysia

Bekas isteri ketiga kerabat diraja Qatar maut

KASINO Gallanio
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Bekas isteri kepada seorang kerabat diraja Qatar, ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Marbella, selatan Sepanyol, Ahad lalu. 

Akhbar Perancis, Le Parisien melaporkan siasatan awal mendapati punca kematian Kasino Gallanio, 45, berkemungkinan disebabkan pengambilan dadah berlebihan. 

Gallanio yang berketurunan Amerika dan Poland, merupakan isteri ketiga kepada bekas menteri kewangan Qatar, Abdelaziz Khalifa Al-Thani.

Abdelaziz Khalifa, 73, merupakan bapa saudara kepada Emir Qatar.

Abdelaziz Khalifa dan Gallanio terlibat dalam pertikaian hak penjagaan tiga anak perempuan mereka sejak sedekad lalu.

Sebelum ini, Gallanio mendakwa bekas suaminya pernah mencabul salah seorang anaknya.

Pasangan itu bertemu di Paris ketika Abdelaziz Khalifa berpindah ke Perancis, 1995 selepas dibuang negeri ketika rampasan kuasa yang menyaksikan abang tirinya mengambil takhta. 

Pasangan itu berkahwin pada 2004 dan mempunyai anak kembar serta seorang lagi anak perempuan, sebelum bercerai pada 2012. 

Gallanio kemudian berpindah ke Marbella, diikuti dengan pertikaian selama beberapa tahun yang berpunca daripada penentangan Abdelaziz Khalifa menghabiskan masa bersama anak perempuanya.

Gallanio kehilangan hak penjagaan anak-anak pada 2018 di tengah-tengah dakwaan bergelut dengan pelbagai masalah termasuk kemurungan yang teruk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya