Bekas CEO Garuda Indonesia sekali lagi jadi suspek rasuah - Utusan Malaysia

Bekas CEO Garuda Indonesia sekali lagi jadi suspek rasuah

EMIRSYAH Satar sebelum di sabit kesalah rasuah sehingga dikenakan hukuman penjara lapan tahun pada 2020. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan Indonesia, Garuda Indonesia yang sebelum ini disabit kesalahan rasuah kini disiasat sekali lagi berhubung dakwaan penyelewengan dalam mendapatkan pesawat Bombardier dan ATR.

Juruaudit negara memaklumkan, urus niaga tersebut menyebabkan Indonesia mengalami kerugian sebanyak hampir AS$600 juta (RM2.6 bilion).

Emirsyah Satar yang memegang jawatan itu dari 2005 hingga 2014 dikenakan hukuman penjara selama lapan tahun pada 2020 kerana kesalahan rasuah dan menggelapkan duit bagi membeli pesawat serta enjin daripada Airbus dan Rolls-Royce.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) dan Pejabat Penipuan Britain turut menyiasat kes rasuah melibatkan pembelian pesawat oleh pembuat kapal terbang Kanada, Bombardier kepada Garuda antara tahun 2011 dan 2012.

“Emirsyah bertanggungjawab terhadap semua yang berlaku ketika beliau menjawab jawatan CEO Garuda Indonesia,” kata Peguam Negara, Sanitiar Burhanuddin dalam sidang akhbar.

Namun, Emirsyah tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan kenyataan beliau.

Juruaudit Indonesia, BPKP mendapati Garuda membayar untuk 23 pesawat Bombardier CRJ dan ART72, menyebabkan kos operasi yang tinggi dengan anggaran kerugian AS$594.39 juta (RM2.6 bilion) dari 2011 hingga 2011.

Tiga lagi bekas eksekutif Garuda dan bekas pengarah syarikat tempatan turut dinamakan sebagai suspek dalam kes tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.