Bekalan bahan api di Sri Lanka hanya bertahan lima hari lagi - Utusan Malaysia

Bekalan bahan api di Sri Lanka hanya bertahan lima hari lagi

sri lanka
PENUNGGANG motosikal dan pemandu kenderaan berbaris panjang untuk mengisi bahan api di stesen minyak di Colombo, Sri Lanka. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Stok bahan api di Sri Lanka hanya boleh bertahan sekurang-kurangnya lima hari lagi, kata Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera.

Menurut beliau, negara ini sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan India untuk saluran kredit baharu AS$500 juta (RM2.2 bilion) bagi bahan api.

Negara dengan 22 juta penduduk ini terperangkap dalam krisis kewangan terburuk sejak tujuh dekad lalu selepas rizab pertukaran asingnya menyusut ke paras terendah.

Sri Lanka juga kehabisan kehabisan dolar untuk membayar kos import penting termasuk makanan, ubat-ubatan dan bahan api.

Kekurangan bahan api kronik bertambah buruk minggu ini dengan penduduk berbaris panjang di beberapa stesen minyak di seluruh negara, mencetuskan protes apabila pemilik kenderaan terpaksa menunggu semalaman bagi mendapatkan petrol dan diesel.

Sri Lanka tidak dapat membuat pembayaran tertunggak AS$725 juta (RM3.2 bilion) kepada pembekal dan juga bergelut untuk membuka surat kredit untuk penghantaran masa hadapan.

Sri Lanka kini menunggu pengesahan rasmi mengenai saluran kredit AS$500 juta (RM2.2 bilion) daripada Exim Bank kerajaan India, yang akan digunakan untuk membiayai penghantaran bahan api selama beberapa minggu akan datang.

India menjadi penyokong utama semasa krisis kewangan Sri Lanka dengan kira-kira AS$3 bilion bantuan (RM13.2 bilion), termasuk saluran kredit AS$1 bilion (RM4.4 bilion) untuk import penting dan pertukaran AS$400 juta (RM1.7 bilion).

Sri Lanka turut menghubungi beberapa negara, termasuk Russia, untuk membincangkan pilihan import bahan api dan akan menyediakan bekalan beberapa bulan.

Negara itu juga sedang berbincang dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk pakej penyelamat dan delegasi daripada pemberi pinjaman dijangka tiba di Sri Lanka pada 20 Jun ini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya