Arab Saudi tutup permohonan jemaah haji domestik - Utusan Malaysia

Arab Saudi tutup permohonan jemaah haji domestik

JEMAAH melakukan tawaf mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram pada 22 Julai 2021. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menutup pendaftaran jemaah haji domestik bagi musim tahun ini.

Malah, jelas kementerian, nama yang terpilih akan diumumkan selepas cabutan dibuat tidak lama lagi.

Memetik laporan Arab News, Penolong Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Hesham Saeed berkata, jumlah pemohon haji oleh penduduk yang tinggal di negara itu sudah mencapai lebih 390,000 permohonan.           

Katanya, pemilihan individu akan dibuat secara e-cabutan dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang masih belum menunaikan haji sebelum ini. 

“Proses pengasingan dan e-cabutan akan dimulakan dengan memilih calon daripada jemaah haji yang memenuhi syarat diumumkan kementerian sebelum ini.

“Jemaah berjaya dalam permohonan mereka akan menerima pengesahan menerusi mesej teks pada peranti berdaftar mereka yang memaklumkan terpilih untuk menunaikan haji. 

“Individu akan diberi masa 48 jam untuk menyelesaikan bayaran yuran pakej terpilih dan selepas itu permit haji akan dikeluarkan kepada mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Hesham berkata, kementerian juga menurunkan harga bagi tiga pakej hospitaliti musim haji pada tahun ini.   

Jelasnya, pakej `Al-Abraj’ kini berharga 13,943.75 riyal (RM16,419.13) bagi setiap jemaah.

Katanya, harga baharu pakej Developed Tents adalah sebanyak 11,970.35 riyal (RM14,095.33) manakala bagi pakej Undeveloped Tents pula ditetapkan pada 9,098.80 riyal (RM10,714.02) bagi setiap jemaah.

Tambah beliau, semua harga itu tidak termasuk cukai nilai tambah dan pengangkutan darat atau udara ke dan dari Makkah.

Pendaftaran dibuka kepada jemaah haji domestik pada awal Jun menerusi aplikasi Eatmarna dan melalui laman web kementerian.

Kementerian menetapkan bahawa mereka yang ingin mendaftar haji, sama ada pemastautin atau warganegara, harus berumur tidak melebihi 65 tahun dan mengemukakan dokumen lengkap divaksin dalam aplikasi Tawakkalna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.