Arab Saudi tamatkan semua peraturan berkaitan Covid-19 - Utusan Malaysia

Arab Saudi tamatkan semua peraturan berkaitan Covid-19

ARAB Saudi memansuhkan peraturan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Arab Saudi menamatkan semua peraturan dan sekatan yang dilaksanakan untuk menangani penularan pandemik Covid-19 di negara itu. 

Lapor Agensi Berita Saudi (SPA), Kementerian Dalam Negeri menerusi kenyataan memaklumkan peraturan itu termasuk pemakaian pelitup muka di kawasan yang tertutup.

 Jelas kenyataan itu, individu tidak perlu mengenakan pelitup muka dalam bangunan kecuali di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah selain di pusat kesihatan, acara awam, kapal terbang dan pengangkutan awam yang masih mahu melaksanakan langkah pencegahan itu.

Menurut kenyataan itu, bukti dokumen vaksinasi menerusi aplikasi Tawakkalna tidak lagi diperlukan untuk memasuki mana-mana bangunan, acara, kapal terbang dan pengangkutan awam.

“Rakyat yang mahu meninggalkan Arab Saudi harus mengambil dos penggalak ketiga selepas tempoh lapan bulan berbanding tiga bulan sebelum ini.  

“Bagaimanapun, syarat baharu itu tidak terpakai kepada individu di bawah kumpulan umur tertentu atau mereka yang dikecualikan daripada menerima vaksin oleh Kementerian Kesihatan,” jelas kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, kementerian akan terus menggalakkan individu mengambil suntikan penggalak ketiga untuk melindungi diri mereka daripada virus tersebut. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya