Arab Saudi sambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji - Utusan Malaysia

Arab Saudi sambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Arab Saudi hari ini menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji dari luar sejak pandemik Covid-19 melanda.

Kumpulan jemaah haji dari Indonesia tiba di Madinah dan dijadualkan bertolak ke tanah suci Mekah dalam tempoh beberapa minggu akan datang bagi menunaikan ibadah haji.

“Hari ini, kami menerima kumpulan jemaah haji pertama sejak pandemik Covid-19 iaitu dari Indonesia, seterusnya dari Malaysia dan India.

“Kami berasa amat gembira menerima kedatangan jemaah semua. Diharapkan kali ini ibadah haji dapat berjalan dengan lancar,” kata Menteri Haji Arab Saudi, Mohammed al-Bijawi.

Sebelum pandemik Covid-19 melanda, seramai 2.5 juta umat Islam menunaikan ibadah haji pada 2019.

Namun, hanya 1,000 jemaah haji tempatan yang dibenarkan menunaikan ibadah tersebut sebelum ditingkatkan kepada 60,000 jemaah pada tahun berikutnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya