Arab Saudi kuat kuasa larangan bekerja 12-3 petang

Arab Saudi kuat kuasa larangan bekerja 12-3 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Negara ini menguatkuasakan larangan bekerja di bawah terik matahari bermula pukul 12 tengah hari hingga tiga petang bagi tempoh tiga bulan, berkuatkuasa Rabu. 

Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial menjelaskan larangan itu meliputi semua syarikat dan sektor swasta sehingga 15 September depan. 

Saudi Gazette melaporkan, Jurucakap Kementerian itu, Saad Al-Hammad berkata, denda 3,000 riyal (RM3,517) akan dikenakan ke atas majikan sekiranya melanggar peraturan berkenaan. 

Jumlah denda itu akan berlipat kali ganda dengan jumlah pekerja yang terbabit dalam pelanggaran larangan kerja pada tengah hari.  

Penalti itu juga termasuk menutup operasi syarikat bagi tempoh tidak melebihi 30 hari atau menutupnya secara kekal atau mengenakan denda dan menutup syarikat. 

Larangan tersebut selaras keputusan pihak kementerian yang bertujuan memelihara keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor swasta dengan mengharamkan kerja di tempat terbuka di bawah cahaya matahari. 

Keputusan menteri itu memaksa sektor swasta untuk menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan selamat serta menghindarkan pekerja mereka daripada sebarang risiko dan bahaya disebabkan kesan pendedahan kepada cahaya matahari dan tekanan haba.

“Kementerian melancarkan panduan prosedur khas untuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi mengelakkan kesan pendedahan kepada cahaya matahari dan tekanan haba,” katanya. 

Keputusan larangan bekerja tengah hari tidak termasuk pekerja di syarikat minyak dan gas, serta pekerja penyelenggaraan kecemasan, dengan syarat langkah perlu diambil untuk melindungi mereka daripada bahaya cahaya matahari secara langsung. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya