Anak lelaki mahu putuskan hubungan dengan Elon Musk

Anak lelaki mahu putuskan hubungan dengan Elon Musk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Ada orang walaupun hidup dalam kesempitan namun dikurniakan rezeki anak yang ramai.

Belum tentu kaya adalah jaminan bahagia kerana walau semewah manapun kita, belum tentu Tuhan mengurniakan kesemua ‘rezeki’ dalam hidup.

Begitu yang terjadi buat bilionair, Elon Musk apabila salah seorang anaknya membuat tuntutan untuk memutuskan hubungan kekeluargaaan dengan pemilik kapal angkasa SpaceX itu.

Anak lelakinya mahu menggugurkan nama asal kerana enggan lagi dikaitkan dengan Musk ketika memfailkan kes di sebuah mahkamah di Los Angeles.

Remaja itu membuat tuntutan selepas mencapai usia 18 tahun, April lalu.

Selain tuntutan mengenai hubungan dengan bapanya, remaja transgender yang dilahirkan sebagai Xavier Musk juga mahu mengubah namanya kepada Vivian Jenna Wilson.

Menerusi dokumen tuntutan, dia mahu diiktiraf sebagai perempuan dan memutuskan hubungan dengan bapanya.

“Selain identiti jantina, hakikatnya saya tidak lagi tinggal bersama atau ingin mempunyai hubungan dengan bapa kandung dalam apa jua cara,” katanya.

Dua tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu pernah memuat naik ciapan Twitter yang menyatakan sokongan terhadap komuniti transgender.

Xavier mempunyai saudar kembar, Griffin dan nama keluarga Wilson diambil daripada ibu mereka, Kanada Justine Wilson yang berkahwin dengan Musk dari 2000 hingga 2008.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya