fbpx

29 Jun 2022, 8:04 am

  TERKINI

Abang tak sengaja tertembak adik berusia tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TIMUR: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang merupakan anak kepada ulama KH Arrazy Hasyim meninggal dunia akibat terkena tembakan pistol milik polis yang mengiringinya.

Lapor Kompas.com, Ketua Polis Tuban, Darman berkata, kemalangan tersebut berpunca akibat kecuaian sehingga menyebabkan kematian anak kepada ulama yang dikenali sebagai Buya Arrazy.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Hushaim Shah Wali Arrazy sudah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Wareng, Desa Palang, Tuban.

“Kejadian bermula ketika Buya Arrazy dan keluarganya mengunjungi rumah mentua di Desa Palang hari ini.

“Ketika itu, keluarganya diiringi pihak polis yang bertugas mengawalnya.

“Anggota polis yang merupakan pengawal peribadi Buya Arrazy meletakkan senjata api yang dibawanya di satu tempat ketika hendak menunaikan solat Zohor,” katanya.

Darman berkata, tidak semena-mena anak pertama Buya berusia lima tahun mengambil senjata api tersebut dan bermain bersama adiknya yang merupakan mangsa kejadian.

“Senjata sudah diletakkan di tempat yang selamat. Namun, namanya musibah di mana sahaja boleh berlaku,” katanya.

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI