12 maut, lebih 250 cedera letupan gas klorin di Jordan - Utusan Malaysia

12 maut, lebih 250 cedera letupan gas klorin di Jordan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN: Letupan gas klorin menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 251 cedera.

Insiden berlaku selepas tangki terjatuh dari sebuah kren dan mengeluarkan kepulan asap kuning di pelabuhan Aqaba.

Rakaman video disiarkan stesen televisyen negara, Al-Mamlaka TV menunjukkan silinder besar yang membawa 30 tan gas terjatuh dari sebuah kren.

Letupan itu menyebabkan sebuah trak terjatuh dari limbungan, manakala pekerja pelabuhan yang panik melarikan diri.

Menurut pihak berkuasa, angka kematian meningkat kepada 12 dengan 251 orang cedera.

Mangsa adalah warga Jordan dan warga asing dengan separuh daripada mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Kawasan berhampiran turut dipindahkan dan penduduk diberitahu supaya kekal tinggal di dalam rumah ketika petugas kecemasan memasang pita sepanjang 500 meter di sekitar lokasi kejadian.

Orang ramai di pantai selatan Aqaba, kawasan peranginan Laut Merah, juga dipindahkan.

Timbalan ketua Pihak Berkuasa Pelabuhan Wilayah Aqaba, Haj Hassan, memberitahu Al-Mamlaka bahawa ‘rantai besi yang membawa bekas mengandungi bahan toksik putus’, menyebabkannya terjatuh dan bocor.

Saluran itu juga memetik bekas ketua syarikat yang mengendalikan pelabuhan itu, Mohammed al-Mubaidin, sebagai berkata bahawa sebuah kapal telah menunggu untuk memuatkan hampir 20 kontena gas cecair ‘mengandungi peratusan klorin yang sangat tinggi’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya