Virus punca kematian lelaki terima jantung babi - Utusan Malaysia

Virus punca kematian lelaki terima jantung babi

GAMBAR disiarkan oleh UMMC menunjukkan pasukan perubatan memegang jantung babi untuk dipindahkan kepada David Bennett di Baltimore. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang pakar bedah memaklumkan individu pertama yang menjalani pemindahan jantung babi, meninggal dunia akibat virus haiwan itu.

David Bennett, 57, dari Amerika Syarikat (AS) yang menerima jantung babi diubah suai secara genetik kerana menghidap penyakit jantung, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Maryland (UMMC) pada Mac lalu.

Lapor The Guardian, pakar bedah pesakit itu, Bartley Griffith berkata, jantung haiwan itu dijangkiti dengan virus porcine cytomegalovirus yang mungkin menyumbang kepada kematian Bennett.

Dalam satu webinar yang dianjurkan oleh Persatuan Transplantasi AS baru-baru ini, Griffith menerangkan mengenai virus itu dan cubaan para doktor untuk merawatnya.

“Kami mula memahami mengapa pesakit itu meninggal dunia.

“Virus itu mungkin menjadi punca atau penyebab sebenar sehingga semua ini berakhir,” kata Griffith sepertimana dilaporkan oleh MIT Technology Review

Sebelum ini, beberapa pakar berkata, pemindahan itu merupakan eksperimen utama xenotransplant iaitu proses melibatkan pemindahan tisu antara spesies yang berbeza.

Justeru, mereka berpandangan eksperimen itu mungkin tersesar akibat `kesilapan tidak disengajakan’ kerana babi yang dibiakkan untuk menyediakan organ sepatutnya bebas daripada virus.    

“Sekiranya, ia merupakan jangkitan, kami mungkin dapat mencegahnya pada masa hadapan,” kata Griffith.

Sementara itu, Griffith juga mengakui doktor tidak dapat mengesan virus tersebut yang sudah mula membiak dengan cepat kerana ujian darah khas mengambil masa kira-kira 10 hari untuk dijalankan.

“Akibatnya, ini mungkin mencetuskan cytokine explosion iaitu tindak balas imun berlebihan yang boleh menyebabkan masalah serius,” katanya.     

Prosedur pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.

Pembedahan yang dijalankan oleh pasukan perubatan UMMC adalah yang pertama kali dilakukan menggunakan kaedah pemindahan jantung babi kepada manusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya