Turki enggan sokong Sweden, Finland sertai NATO - Utusan Malaysia

Turki enggan sokong Sweden, Finland sertai NATO

Recep Tayyip Erdogan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Turki mengulangi pendirian tegasnya untuk tidak menyokong penyertaan Sweden dan Finland menjadi sebahagian Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Keputusan itu dibuat selepas Stockholm dan Helsinki menyerahkan dokumen menyertai NATO.

Lapor The Guardian, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, delegasi diplomatik dari kedua-dua negara itu tidak perlu bersusah payah mengunjungi Ankara untuk membincangkan langkah tersebut.  

“Walau apa pun, kami tidak akan menyatakan `ya’ kepada negara yang mengenakan sekatan ke atas Turki untuk menyertai organisasi keselamatan NATO.

“Saya menerima maklumat delegasi akan melawat Turki pada minggu depan. Apakah mereka mahu memujuk kita ? Minta maaf, saya rasa mereka tidak perlu berbuat demikian,” katanya.

Komen Presiden Turki itu menyusul ketika Perdana Menteri Sweden, Magdalena Andersson memaklumkan majoriti dalam Parlimen menyokong keahlian Stockholm dalam pakatan tentera Barat itu.       

Andersson turut menyifatkan penyertaan NATO adalah perkara terbaik demi keselamatan Sweden.

Sebelum ini, Recep Tayyip menegaskan tidak akan menyokong rancangan Sweden dan Finland menyertai NATO kerana negara berkenaan menempatkan ‘banyak organisasi pengganas’. 

Isnin lalu, Kementerian Kehakiman Turki memaklumkan bantahan itu dibuat atas alasan kedua-dua negara itu gagal memberi respon positif kepada permohonan ekstradisi 33 individu dikaitkan dengan kumpulan militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan pengikut Fethullah Gulen sepanjang lima tahun lalu. 

Sementara itu, Andersson berkata, Duta NATO Sweden secara rasmi akan menyerahkan permohonan Stockholm ke ibu pejabat pakatan itu di Brussels dalam beberapa hari lagi.

Katanya, permohonan keahlian negara itu akan diserahkan secara serentak bersama Finland.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya