'Tsunami jangkitan' di China jika polisi sifar Covid-19 ditarik balik

‘Tsunami jangkitan’ di China jika polisi sifar Covid-19 ditarik balik

PEKERJA di sebuah sekolah rendah di China menjalani ujian calitan Covid-19.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China berdepan ‘tsunami jangkitan’ dan kes kematian boleh mencecah 1.6 juta kes sekiranya kerajaan China menarik balik polisi sifar Covid-19 yang ketika ini dikecam pelbagai pihak dan disifatkan sebagai langkah gagal.

Kajian oleh Universiti Fudan di Shanghai malah mendapati keadaan itu diburukkan dengan beberapa kawasan yang kadar vaksinasinya masih rendah dalam kalangan dewasa.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature menjelaskan keputusan pihak berkuasa China menarik balik langkah sedemikian boleh menyebabkan lebih 112 juta kes gejala Covid-19, lima juta dimasukkan ke hospital dan 1.55 juta kematian.

“Kami dapati tahap imuniti yang disebabkan oleh kempen vaksinasi pada Mac lalu tidak mencukupi untuk mencegah gelombang Omicron.

“Ini akan mengakibatkan kapasiti penjagaan kritikal tidak mencukupi dengan unjuran permintaan unit rawatan rapi menjadi 15.6 kali ganda daripada sedia ada,” katanya lapor The Guardian

Sebelum ini, kerajaan China kekal komited dengan polisi sifar Covid-19 dengan melaksanakan ujian besar-besaran, pengawasan kes, menguatkuasakan sekatan, kuarantin dan pengasingan yang ketat bagi membendung penularan.

Minggu lalu, Presiden China, Xi Jinping mengesahkan komitmen tersebut walaupun negara berdepan cabaran dengan penularan varian Omicron. 

Bilangan kes Covid-19 menyaksikan penurunan di China tetapi masih tersebar di beberapa wilayah. 

Rabu lalu, sebanyak 1,905 kes termasuk 302 kes bergejala dilaporkan. 

Sebahagian besar kes dicatatkan di Shanghai yang menjalani perintah berkurung lebih dua bulan. 

Dalam pada itu, pihak berkuasa boleh menghalang sistem kesihatan terbeban dengan ‘mengekalkan pelaksanaan campur tangan bukan farmaseutikal’.

Walaupun mesej pihak kerajaan mengenai dasar sifar Covid-19 akan mengatasi varian yang sangat mudah berjangkit, pegawai kesihatan melahirkan kebimbangan kerana liputan vaksin tidak mencukupi dan sumber kesihatan tidak sama rata di seluruh negara. 

Penganalisis China juga bimbang pihak berkuasa seolah-olah tidak mahu mengaku kegagalan dengan memilih jalan keluar politik tidak tepat.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya