Terbang guna jetpack, lelaki jatuh dalam tasik dari ketinggian 15 meter

Terbang guna jetpack, lelaki jatuh dalam tasik dari ketinggian 15 meter

jetpack
FRANKY Zapata berlepas dengan laju dalam satu acara di Tasik Biscarrosse di Landes, Perancis. - TWITTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pelumba jet ski dari Perancis, Franky Zapata yang mencipta jetpack, iaitu sejenis alat yang membolehkan penggunanya terbang di udara, cedera selepas terjatuh ke dalam tasik ketika melakukan demonstrasi menggunakan alat tersebut.

Zapata mencipta sejarah menjadi individu pertama di dunia yang merentasi Selat Inggeris menggunakan jetpack yang diberi nama Flyboard pada 2019. 

Memetik laporan Daily Mail, Zapata, 43, mengalami kecederaan selepas dikatakan hilang kawalan pada jetpack miliknya dalam satu acara di Tasik Biscarrosse di Landes, Perancis.

Satu video insiden disiarkan di Twitter menunjukkan Zapata yang memakai sut badan penuh berserta topi keledar, berlepas dengan laju sehingga terbang tinggi di udara.

Zapata kemudian melakukan beberapa pusingan ketika masih terbang di udara sebelum terjatuh dari ketinggian kira-kira 15 meter lalu terhempas ke dalam tasik.

Media Perancis, Sud Quest melaporkan Zapata dikejarkan ke hospital dan kini dalam keadaan stabil.

Menurut pihak berkuasa Perancis, Zapata menunjukkan ‘respon yang baik’ semasa diletakkan dibawah pemerhatian di hospital.    

Datuk Bandar Biscarrosse, Hélène Larrezet berkata, beberapa lagi rancangan Zapata di acara tersebut turut dibatalkan susulan insiden berkenaan.

Ini bukan pertama kali Zapata cedera semasa melakukan demonstrasi ciptaannya.

Pada 2016, Zapata kehilangan dua jari akibat terkena kipas turbin semasa penerbangan pertamanya menggunakan Flyboard.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN