Tak Bai: Penyerang letupkan tujuh tiang elektrik sebelum lancar serangan

Tak Bai: Penyerang letupkan tujuh tiang elektrik sebelum lancar serangan

TIANG elektrik tumbang selepas dibom sekumpulan penyerang di daerah Tak Bai.-BANGKOK POST
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT: Polis Thailand memaklumkan sekumpulan penyerang bertindak mengebom tujuh tiang elektrik di jalan raya sebelum menyerang Balai Polis Marin dengan bom dan senjata automatik, di daerah Tak Bai, malam kelmarin.  

Letupan itu menyebabkan tiang elektrik tersebut tumbang di Jalan Tabapoyoh-Hua Khlong sehingga menghalang lalu lintas dan menyebabkan bekalan elektrik terputus di Praiwan, Jeh Hay dan Hua Khlong, lapor Bangkok Post.  

Kumpulan penyerang turut bertindak menaburkan paku di jalan raya sehingga banyak kenderaan mengalami kerosakan. 

Susulan itu, pihak berkuasa menutup laluan jalan raya kepada semua kenderaan supaya dapat dibersihkan. 

Bekalan elektrik juga kembali pulih pada pukul 1 pagi, pada Khamis. 

Terdahulu, tiga anggota keselamatan cedera selepas balai tersebut diserang dengan tembakan dan letupan bom oleh enam penyerang yang belum dikenal pasti.  

Tiga mangsa yang cedera ialah Sulaiman Yuso, 23, Opas Saensom, 33 dan Ekawat Ketduang, 41. 

Kesemua mereka yang merupakan anggota sukarelawan pertahanan di pos tersebut cedera akibat terkena serpihan letupan bom. 

Mangsa dikejarkan ke Hospital Tak Bai sebelum dipindahkan ke Hospital Narathiwat.  

Orang ramai dilaporkan terdengar bunyi letupan itu dan polis marin berbalas tembakan dengan penyerang. 

Skuad pemusnah bom menemukan sebuah silinder gas yang mencurigakan di kedai serbaneka berhampiran. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.