Taikun media Mesir dijel lakukan serangan seksual pada gadis

Taikun media Mesir dijel lakukan serangan seksual pada gadis bawah umur

serangan seksual
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Sebuah mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap seorang ahli perniagaan kerana penglibatannya dalam pemerdagangan manusia dan melakukan serangan seksual ke atas tujuh gadis bawah umur di rumah anak yatim yang diasaskannya.

Mohamed El-Amin yang memiliki beberapa saluran media berpengaruh di negara itu, ditahan pada awal tahun ini.

Mohamed El-Amin ditahan atas tuduhan melakukan perbuatan itu terhadap gadis muda di sebuah rumah anak yatim di Beni Suef, kira-kira 60 kilometer di selatan Kaherah.

Kes itu dibongkarkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Missing Children.

Menurut pihak pendakwa raya, ahli perniagaan itu menyalahgunakan kuasanya dengan melakukan serangan seksual terhadap gadis bawah umur tersebut.

Bagaimanapun, Mohamed El-Amin menafikan tuduhan berkenaan.

Sumber kehakiman memberitahu, Mohamed El-Amin dapat membuat rayuan terhadap hukuman penjara yang dikenakan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya