Stesen TV buat simulasi serangan nuklear ke London, Paris dan Berlin

Stesen TV Russia buat simulasi serangan nuklear ke London, Paris dan Berlin

SEORANG tentera Ukraine melihat penggalak peluru berpandu balistik Rusia yang jatuh di padang Bohodarobe, timur Ukraine.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Stesen televisyen milik Moscow dengan berani membuat simulasi bagaimana Presiden Rusia, Vladimir Putin akan melancarkan serangan nuklear ke atas tiga ibu kota di Eropah.

Menerusi simulasi dalam program 60 Minit Saluran Satu, serangan dahsyat itu akan menyebabkan tiada individu yang akan terselamat. 

Simulasi itu memberi bayangan bandar London, Paris dan Berlin akan musnah dalam tempoh 200 saat semasa serangan peluru berpandu nuklear. 

Rancangan yang disiarkan Khamis lalu, menjemput Pengerusi Parti Nasionalis Rodina, Aleksey Zhuravlyov.

Beliau melontarkan persoalan jangkaan yang berlaku jika Rusia melancarkan senjata nuklear terhadap United Kingdom (UK). 

“Satu peluru berpandu Sarmat akan menyebabkan kepulauan British tiada lagi,” katanya. 

Pihak penerbit rancangan itu kemudian menunjukkan kepada penonton peta yang menggambarkan cadangan peluru berpandu boleh dilancarkan dari Kaliningrad yang terletak antara Poland, Lithuania dan Laut Baltik. 

Simulasi itu mencadangkan senjata pemusnah itu boleh mendarat ke Berlin dalam tempoh 106 saat, Paris (200 saat) dan London (202 saat). 

Kenyataan membimbangkan itu dibuat menerusi program televisyen yang paling banyak ditonton di Rusia.

Rancangan itu dihoskan oleh pengacara suami dan isteri, Olga Skabeyeva dan Evgeny Popov.  

Simulasi itu dibuat sebagai tindak balas kepada komentar yang dibuat oleh Kementerian Angkatan Tentera UK yang menyokong serangan Ukraine terhadap infrastruktur Russia. 

UK dan negara Barat lain juga menyokong Ukraine secara berterusan dengan membekalkan kenderaan ketenteraan, kelengkapan perang dan senjata kepada negara itu.-AGENSI  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya