Sri Lanka terus berhutang dengan China untuk pulihkan ekonomi

Sri Lanka terus berhutang dengan China untuk pulihkan ekonomi

ORANG ramai menyerbu lori membawa tong gas di Colombo, Sri Lanka. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang disokong China mempertimbangkan untuk menyalurkan dana kecemasan berjumlah AS$100 juta (RM437.7 juta) kepada Sri Lanka.

Menurut Kementerian Kewangan, Sri Lanka sebelum ini memohon sokongan kecairan pertukaran mata wang asing untuk bank negara daripada peminjam.

Pandemik Covid-19, kenaikan harga minyak dan pemotongan cukai oleh kerajaan pimpinan Presiden Gotabaya Rajapaksa menyebabkan ekonomi Sri Lanka berdepan krisis terburuk dalam sejarah.

Selain itu, rizab luar yang boleh digunakan juga menurun kepada AS$50 juta (RM219 juta).

Krisis ekonomi yang berlaku juga menyebabkan bekalan makanan import, bahan bakar dan ubat-ubatan semakin berkurangan, menyaksikan ribuan penduduk mengadakan tunjuk perasaan di jalanan.

Keadaan itu memaksa Rajapaksa mengisytiharkan darurat sebanyak dua kali dalam tempoh lima minggu.

AIIB yang dibangunkan pada 2014 bertujuan menggalakkan pelaburan infrasruktur di seluruh Asia dengan menarik sebahagian besar pembiayaannya dari China.

China merupakan pemberi pinjaman dua hala terbesar Sri Lanka dengan baki terkumpul sebanyak AS$6.5 bilion (RM28.4 bilion) yang kebanyakannya dipinjamkan sejak sedekad lalu untuk projek infrastruktur besar, termasuk lebuh raya, pelabuhan, lapangan terbang dan loji janakuasa arang batu.

Beijing juga sudah melanjutkan pinjaman sindiket Sri Lanka sebanyak AS$1.3 bilion (RM5.7 bilion) bagi meningkatkan rizab negara ini.

Pada bulan lalu, Colombo memaklumkan perbincangan sudah bermula untuk membiayai semula hutang China selepas Sri Lanka menggantung beberapa pembayaran balik hutang luar pada April lepas. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya