KYIV: Siren serangan udara diaktifkan di seluruh selatan dan timur Ukraine sejak beberapa jam lalu.
Lapor Al Jazeera, amaran itu juga diaktifkan di daerah Kramatorsk serta wilayah Donetsk, Zaporizhzhia dan Poltava.
Selain itu, beberapa penduduk Mylkolaiv dalam media sosial mendakwa letupan berlaku di wilayah berkenaan.
“Bagaimanapun, Al Jazeera tidak dapat mengesahkan laporan tersebut,” jelasnya.
Sementara itu, AFP melaporkan pihak berkuasa Odessa mendakwa seorang remaja berusia 15 tahun terbunuh dalam serangan terbaharu Russia di bandar pelabuhan Laut Hitam, Ukraine.
Menurut pihak berkuasa, serangan peluru berpandu itu mengena sebuah bangunan kediaman yang dihuni lima penduduk.
“Serangan tersebut meragut nyawa remaja lelaki itu manakala seorang gadis dikejarkan ke hospital,” jelasnya dalam satu kenyataan.