Sheikh Mohamed dilantik Presiden baharu UAE - Utusan Malaysia

Sheikh Mohamed dilantik Presiden baharu UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABU DHABI: Putera Mahkota Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, dinamakan sebagai Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang baharu.

Pelantikan itu dibuat sehari selepas pemergian Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan yang kembali ke rahmatullah, Jumaat lalu.

Memetik laporan WAM, pemimpin berusia 61 tahun itu yang mengendalikan tugas pentadbiran negara dari belakang tabir berikutan keuzuran abang tirinya sejak 2014, dipilih sebulat suara oleh pemimpin tujuh emiriah di UAE.

Sheikh Mohamed kini secara rasmi menguasai negara yang mempunyai populasi seramai 10 juta orang yang kebanyakannya merupakan ekspatriat.

Beliau juga menggantikan Sheikh Khalifa sebagai pemerintah Abu Dhabi yang memiliki 90 peratus kekayaan minyak UAE. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya