Serangan Texas: Polis lambat bertindak?

Serangan Texas: Polis lambat bertindak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UVALDE: Ibu bapa mangsa serangan tembakan rambang di Sekolah Rendah Robb mempersoalkan tindakan anggota polis yang mengambil masa selama sejam untuk menumpaskan suspek, Salvador Ramos. 

Menerusi klip video selama tujuh minit dalam YouTube, ibu bapa dilihat menjerit ke arah anggota polis supaya menyelamatkan anak mereka dari sekolah tersebut. 

Angeli Rose Gomez yang mempunyai anak di dalam bangunan itu berkata, tangannya digari oleh pihak polis selepas dia memaksa mereka untuk bertindak. 

Dalam video lain, ibu bapa di bahagian belakang bangunan berang dengan polis yang tidak melakukan apa-apa ketika kejadian tembakan rambang di sekolah paling teruk sejak sedekad lalu. 

Seorang wanita yang panik tentang anaknya dilihat menjerit ke arah polis. 

“Jika mereka terkena tembakan, tembak dia atau lakukan sesuatu,” jeritnya. 

Sementara itu, ibu kepada salah seorang mangsa tembakan, Jacinto Cazares berkata, dia bergegas ke sekolah selepas mengetahui tentang insiden tembakan itu. 

“Terdapat sekurang-sekurangnya 40 anggota polis lengkap bersenjata, tetapi tidak melakukan apa-apa. 

“Ia sudah terlalu lambat. Situasi itu boleh ditangani dengan cepat jika mereka mempunyai latihan taktikal yang lebih baik,” katanya. 

Daniel Myers, 72, berkata, dia melihat ibu bapa di tempat kejadian semakin panik kerana anggota polis dilihat menunggu bala bantuan sampai sebelum memasuki sekolah. 

“Saya pernah menjadi tentera, berikan saya pistol, saya tidak akan teragak-agak masuk,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya