Russia serang habis-habisan, kepung tentera Ukraine

Russia serang habis-habisan, kepung tentera Ukraine

KEPULAN asap tebal kelihatan selepas serangan dilancarkan terhadap sebuah kilang di bandar Soledar di wilayah Donbas, timur Ukraine. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Pasukan Russia melancarkan serangan habis-habisan untuk mengepung tentera Ukraine di dua bandar yang merentasi sungai di timur negara itu.

Pertempuran itu dijangka bakal menentukan kejayaan atau kegagalan operasi ketenteraan utama Moscow di timur Ukraine.

Genap tiga bulan selepas Presiden Vladimir Putin mengarahkan tentera Russia menceroboh Ukraine, pihak berkuasa di bandar Kharkiv membuka semula stesen kereta api bawah tanah.

Sebelum ini, ribuan penduduk terpaksa berlindung di stesen kereta api bawah tanah kerana bimbang menjadi mangsa serangan Russia.

Langkah itu dilihat sebagai kejayaan terbesar tentera Ukraine sejak beberapa minggu kebelakangan ini, sekali gus mengusir keluar sebahagian besar pasukan Russia dari jangkauan artileri Kharkiv sepertimana dilakukan di Kyiv pada Mac lalu.  

Namun fasa baharu peperangan Russia masih berlanjutan lebih jauh ke selatan yang mana Moscow cuba merampas wilayah Donbas yang menggabungkan Donetsk dan Luhansk selain memerangkap tentera Ukraine di bahagian timur utama.

“Kami sedang menyaksikan fasa paling aktif pencerobohan berskala penuh yang dilancarkan Russia ke atas Ukraine.

“Situasi di bahagian (timur) amat sukar memandangkan nasib negara ini mungkin bakal ditentukan (di sana),” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Ukraine, Oleksandr Motuzyanyk.

Bahagian hujung timur Donbas yang dikuasai Ukraine iaitu bandar Sievierodonetsk di tebing sungai Siverskiy Donets dan Lysychansk di tebing barat, kini menjadi medan perang penting dengan tentera Russia mara dari tiga arah untuk mengepung mereka. 

“Tentera Russia menumpukan usahanya untuk melancarkan serangan mengepung Lysychansk dan Sievierodonetsk.

“Serangan tembakan di Sievierodonetsk semakin meningkat dan tentera Russia hanya sedang memusnahkan bandar itu,” kata  Gabenor wilayah Luhansk, Serhiy Gaidai.

Menurut beliau, kira-kira 15,000 penduduk tinggal di bandar Sievierodonetsk. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya