Russia rancang keluarkan wilayah timur dari Ukraine - Utusan Malaysia

Russia rancang keluarkan wilayah timur dari Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZAPORIZHZHIA: Russia didakwa merancang untuk ‘memisahkan’ wilayah timur dari Ukraine dalam tempoh terdekat.

Duta Amerika Syarikat (AS) ke Organisasi Keselamatan dan Kerjasama Eropah, Michael Carpenter berkata, Washington juga percaya Kremlin bakal memgiktiraf bandar Kherson di selatan Ukraine sebagai republik merdeka.

Tegas beliau, sekiranya benar, AS dan sekutunya sesekali tidak akan menyokong keputusan tersebut.

“Russia merancang untuk menjadikan Donetsk dan Luhansk sebagai republik merdeka dan disatukan dengan Russia.

“Langkah itu (mengeluarkan wilayah Ukraine) juga bakal melibatkan bandar Kherson di selatan negara ini,” katanya seperti yang dilaporkan AP.

Selain itu, laporan media tempatan mendakwa banhak datuk bandar dan pegawai kerajaan tempatabdi wilayah timur Ukraine ‘diculik’ tentera Russia, malah isyarat internet dan telefon bakal diputuskan dalam tempoh terdekat.

Malahan, banyak urusan perniagaan turut menggunakan mata wang Russia, iaitu ruble.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya