Russia dakwa sudah kuasai Mariupol - Utusan Malaysia

Russia dakwa sudah kuasai Mariupol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia mendakwa sudah berjaya menawan Mariupol selepas pengepungan selama hampir tiga bulan menyebabkan kemusnahan teruk di bandar pelabuhan strategik.

Jurucakap Igor Konashenkov mendakwa Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu memaklumkan kepada Presiden Vladimir Putin mengenai `pengambilalihan sepenuhnya’ kilang keluli Azovstal dan keseluruhan bandar Mariupol.

Setakat ini, tiada pengesahan dari Ukraine mengenai dakwaan tersebut.

Berdasarkan laporan agensi berita Russia, RIA Novosti, kementerian menyatakan seramai 2,439 tentera Ukraine yang bersembunyi di kilang keluli Azovstal sudah menyerah diri sejak Isnin lalu.

Jumlah itu termasuk 500 anggota tentera Ukraine yang menyerah diri, semalam.

“Selepas tentera Ukraine menyerah diri, mereka ditahan sebagai tahanan malah ada beberapa lagi dibawa ke bekas tanah jajahan yang dijadikan penjara.

“Anggota tentera yang mengalami cedera pula dibawa ke hospital,” jelas laporan itu. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.