NEW YORK: Russia kemungkinan besar akan memboikot mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang diadakan bersama Jawatankuasa Politik dan Keselamatan Kesatuan Eropah (EU).
Perkara itu dimaklumkan oleh sumber diplomatik Russia yang enggan mendedahkan identitinya.
Tindakan memboikot itu menunjukkan satu lagi tanda hubungan yang semakin merosot antara Moscow dan rakan kongsi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sumber diplomatik Russia mendakwa keputusan Moscow itu mempunyai kaitan dengan situasi di Ukraine.
Mesyuarat tahunan antara UNSC dan Jawatankuasa Politik dan Keselamatan EU tidak diadakan sejak tahun 2019 disebabkan pandemik Covid-19.
Mesyuarat kali ini dijangka membincangkan mengenai interaksi EU bersama negara anggota PBB yang mana kedua-dua pihak menjalankan operasi.
Sejak Russia menceroboh Ukraine, hubungan antara Moscow dan kebanyakan negara anggota PBB semakin merosot.
Pada 24 Februari lalu, Rusia di bawah pimpinan Presiden, Vladimir Putin telah melancarkan operasi ketenteraan terhadap Ukraine. – AFP