Russia ancam guna senjata nuklear - Utusan Malaysia

Russia ancam guna senjata nuklear

PELANCAR peluru berpandu balistik antara benua Yars dipamerkan dalam perarakan tentera Hari Kemenangan di Dataran Merah, tengah Moscow, Russia. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia mungkin mengerahkan senjata nuklear taktikal ke sempadan Eropah sekiranya Finland dan Sweden membenarkan pangkalan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ditubuhkan di negara mereka.

Ancaman itu disiarkan oleh sebuah saluran televisyen Russia, Rossiya One

Ini susulan Finland secara rasmi mengumumkan hasrat untuk menyertai pakatan itu selepas Sweden memaklumkan menyokong keahlian sekali gus membuka ruang bagi permohonan bersama. 

Malah, beberapa pakar yang menyokong kepimpinan Presiden Vladimir Putin, turut mengecam tindakan kedua-dua negara itu di saluran televisyen itu. 

Seorang pengulas di Rossiya One berpandangan tujuan kedua-dua negara Nordik itu berbuat demikian kerana berada dalam ketakutan. 

“Namun, mereka akan rasa lebih takut terhadap NATO.

“Sebaik sahaja pangkalan NATO muncul di Sweden dan Finland, maka Russia tiada pilihan selain meneutralkan ketidakseimbangan dan ancaman baharu dengan menggunakan senjata nuklear taktikal,” katanya.  

Sebelum ini, Moscow memberi amaran akan menggunakan senjata nuklear dan peluru berpandu hipersonik di kawasan Eropah Kaliningrad sekiranya Sweden dan Finland menjadi anggota NATO. 

Salah satu faktor Russia melancarkan operasi ketenteraan  ke atas Ukraine, Februari lalu adalah untuk menghentikan peluasan NATO.  

Namun, rancangan itu kini menjadi sia-sia kerana kedua-dua negara Scandinavia memaklumkan akan menyertai pakatan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.