Ribut petir, pasir badai Arab Saudi - Utusan Malaysia

Ribut petir, pasir badai Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan ribut petir dan ribut pasir berlaku di beberapa kawasan di seluruh negara ketika orang ramai masih bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut pusat itu, ribut pasir dijangka berlaku di Tabuk, Jouf, Riyadh dan wilayah timur.

Manakala, ribut petir pula akan melanda beberapa kawasan di Jazan, Asir,Baha dan Mekah.

Lapor Arab News, cuaca lembap juga direkodkan di sejumlah kawasan.

Sementara itu, suhu di Riyadh direkodkan panas dengan 37 darjah celsius, namun lebih rendah berbanding 40 celsius pada waktu yang sama pada tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya