Remaja maut hidu semburan deodoran - Utusan Malaysia

Remaja maut hidu semburan deodoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Seorang remaja perempuan ditemukan maut dalam keadaan tertiarap di dalam bilik tidurnya dengan botol deodoran dan sehelai tuala berada disampingnya.

Brooke Ryan, 16, dari New South Wales, Australia yang merupakan seorang atlet berbakat dan pelajar cemerlang dipercayai menghidu aerosol terkandung di dalam botol deodoran itu.

Lapor The Sun, ibu mangsa, Anne Ryan berkata, anaknya bergelut menangani masalah keresahan terutamanya ketika pandemik Covid-19.

Setakat ini, laporan bedah siasat belum dikeluarkan namun Anne percaya anaknya mati mengejut akibat menghidu semburan deodoran yang mempunyai kesan sampingan.

Berdasarkan laporan, badan remaja itu dipenuhi dengan kesan lebam yang menunjukkan Brooke mungkin mengalami serangan jantung.

Tambah Anne, dia berkongsi kisah anaknya bagi memberi amaran kepada ibu bapa yang lain.

Sementara itu, Anne berkata, anaknya sepatutnya pergi ke Mildura pada malam kejadian itu untuk menikmati cuti hujung minggu sebelum memulakan persekolahan pada minggu berikutnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN