Putin bakal digulingkan ?  - Utusan Malaysia

Putin bakal digulingkan ? 

VLADIMIR Putin didakwa menghidap kanser darah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ketua perisikan Ukraine mendakwa satu rancangan rampasan kuasa untuk menyingkirkan Presiden Russia, Vladimir Putin sedang giat dilaksanakan.

Malah, Mejar Jeneral Kyrylo Budanov turut mendakwa Russia akan kalah dalam peperangan di Ukraine menjelang akhir tahun ini.

Memetik laporan Daily Mail, Budanov percaya titik perubahan konflik itu akan berlaku pada akhir musim panas ini yang menyaksikan Putin digulingkan daripada jawatan tertinggi negara.

“Situasi dijangka menjadi kritikal pada tempoh kedua Ogos. 

“Kebanyakan pertempuran akan tamat menjelang akhir tahun ini dan ia akan membawa perubahan dalam kepimpinan Persekutuan Russia. Proses ini sudah pun dilancarkan. 

“Oleh itu, kami akan memperkukuhkan lagi kuasa tentera di semua wilayah,” katanya kepada Sky News.

Dalam pada itu, seorang oligarki Russia yang enggan namanya disiarkan mendakwa Putin menghidap kanser darah dan keadaan kesihatannya semakin merosot.

Difahamkan, oligarki itu mempunyai hubungan rapat dengan Kremlin dan hanya dikenali sebagai Yuri.

Dakwa Yuri, Putin menghadapi beberapa masalah kesihatan yang dikaitkan dengan penyakit kanser darah.

Sementara itu, Budanov juga mendakwa Putin menghidap kanser dan penyakit lain. 

Katanya, keadaan fizikal dan psikologi pemimpin Russia itu kini sangat teruk.

Terdapat laporan mendakwa Putin juga menghidap penyakit Parkinson.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya