Rakyat Filipina takut era diktator berulang  - Utusan Malaysia

Rakyat Filipina takut era diktator berulang 

FERDINAND Marcos Jr disambut oleh penyokongnya ketika berkempen di bandar Las Pinas, pinggir bandar Manila. - AFP   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Rakyat Filipina menyuarakan kebimbangan era pemerintahan mendiang diktator Ferdinand Marcos mungkin berulang sekiranya anaknya menang dalam pilihan raya presiden akan datang.  

Seorang penduduk Filipina, Cristina Bagawan mengimbas kembali pengalaman pernah ditahan, diseksa dan didera secara seksual dibawah undang-undang tentera kejam yang diperkenalkan Marcos.  

Bagawan yang juga bekas tahanan politik takut era pemerintahan diktator akan kembali semula sekiranya pewaris Marcos itu menjawat jawatan nombor satu pentadbiran negara.

Kemenangan Ferdinand Marcos Jr dikhuatiri bakal menamatkan perjuangan politik selama tiga dekad yang dicapai menerusi kebangkitan `kuasa rakyat’ pada 1986. 

Menurut Bagawan, mangsa undang-undang tentera sepertinya perlu tampil berkongsi pengalaman mereka untuk menentang gambaran palsu mengenai rejim diktator itu kononnya sebagai zaman kegemilangan yang aman bagi Filipina ketika era pemerintahannya. 

“Ia amat penting bagi rakyat melihat bukti bahawa keadaan itu benar-benar berlaku,” katanya. 

Mendiang Marcos memerintah selama dua dekad sejak 1965 dengan hampir separuh daripadanya di bawah undang-undang tentera.

Berdasarkan data dari Amnesty International, seramai 70,000 orang dipenjarakan, 34,000 diseksa dan 3,240 dibunuh sepanjang tempoh berkenaan. 

Bagawan ditahan pada 27 Mei 1981 di wilayah Nueva Ecija atas dakwaan subversif.

Malah, Bagawan dibawa ke sebuah `rumah tahanan’ yang mana dia dipukul ketika cuba mendapatkan pengakuannya daripadanya.

“Saya ditampar di muka setiap kali apabila mereka tidak berpuas hati dengan keterangan saya.

“Mereka memukul pada bahagian paha dan muka serta mengoyakkan pakaian saya dan meraba payudara dengan niat untuk mencabul kehormatan saya,” katanya. – REUTERS     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya