NARATHIWAT: Polis Thailand menahan 89 warga Myanmar termasuk sembilan wanita yang dipercayai cuba menyeludup masuk ke Malaysia, di Tak Bai, Narathiwat, Selatan Thailand.
Timbalan Ketua Polis Narathiwat, Thawatchai Duksukkaew berkata, kesemua mereka ditangkap dalam dua serbuan Sabtu lalu di dua rumah sewa di Tak Bai.
Lapor Bernama, tiga trak pikap yang dipercayai digunakan untuk menghantar warga Myanmar terbabit turut dirampas.
“Siasatan awal mendapati kesemua warga Myanmar itu sedang menunggu masa yang sesuai untuk memasuki Malaysia.
Sementara itu, Ketua Tentera Wilayah Narathiwat, Chalermporn Khamkhiao, berkata pihak berkuasa Thailand akan mempertingkatkan kawalan di sempadan bagi mengekang kegiatan penyeludupan manusia.