Polis buru seorang lagi suspek lepaskan tembakan di Los Angeles

Polis buru seorang lagi suspek lepaskan tembakan di Los Angeles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Seorang lelaki dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan akibat berbalas tembakan dengan pihak polis di timur Los Angeles, kelmarin.

Insiden itu berlaku semasa kenderaan sedang berhenti di lampu isyarat di South Ford Boulevard dan East Third Street.

Maklumat lanjut mengenai keadaan suspek yang tercedera belum diketahui lagi.

Rakaman video menunjukkan kenderaan peronda dengan cermin di bahagian belakang pecah akibat terkena tembakan.

Syerif Alex Villanueva berkata, dua suspek menyerang kereta pegawai peronda Lebuhraya California semasa berhenti di jalan raya dan anggota polis berbalas tembakan dengan suspek.

Jelasnya, pihaknya kini sedang giat memburu suspek kedua selepas menemukan pistol di tempat kejadian.

Punca insiden tembakan itu belum diketahui lagi.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN