Pesawat bawa 22 penumpang hilang di Nepal - Utusan Malaysia

Pesawat bawa 22 penumpang hilang di Nepal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHAMANDU: Sebuah pesawat yang dikendalikan syarikat penerbangan swasta di Nepal yang membawa 22 penumpang dilaporkan hilang hari ini, kata pegawai syarikat penerbangan dan kerajaan.

Pesawat kecil itu terbang dari bandar pelancongan Pokhara, kira-kira 200 kilometer barat laut ibu negara, Kathmandu menuju ke Jomsom yang terletak kira-kira 80 kilometer ke barat laut.

Pesawat itu dikendalikan oleh Tara Air yang kebanyakannya menerbangkan pesawat Twin Otter buatan Kanada.

Seorang pegawai syarikat penerbangan berkata, pesawat itu membawa empat warga India dan dua lagi warga asing dengan kewarganegaraan mereka belum diketahui.

Nepal, negara yang mempunyai banyak gunung tertinggi dunia, mempunyai rekod kemalangan udara membabitkan pesawat domestik dengan cuaca tidak menentu dan landasan pengangkutan udara terletak di lokasi yang sukar. – REUTERS
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN